Sarawak akan mewujudkan dokumen sementara bagi mengatasi masalah kekangan terhadap akses ke atas kanak-kanak yang tidak memiliki taraf kewarganegaraan.<br /><br />Dokumen sementara itu dilihat memudahkan para penjaga kanak-kanak tersebut selain memudahkan mereka mendapatkan perkhidmatan asas seperti kesihatan, serta institusi pendidikan rendah dan menengah.
